Khamis, 12 Mei 2011

DIARRHEA (CIRIT-BIRIT)

DEFINISI

Cirit-birit
Apakah itu cirit­-birit?
Cirit-birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh :
  • jangkitan kuman seperti virus,bakteria dan parasit
  • alahan makanan
  • ubat-ubatan
  • pengawet makanan
  • pemakanan kimia
Organisma yang boleh menyebabkan cirit-birit berlaku ialah melalui pemakanan makanan dan air yang tercemar. Di anggarkan terdapat 4000 juta kes cirit-birit yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 1996 yang menyebabkan 2.5 juta kematian.

Tanda-tanda
Bagaimana saya mengetahui yang saya mengalami cirit-­birit?
Cirit-birit di definasikan sebagai najis yang lembut atau berair yang lebih kerap dan banyak daripada biasa. Ia akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti :

  • Sakit dan kekejangan perut
  • Loya dan muntah
  • Keletihan
  • Demam

Komplikasi

Adakah cirit­-birit berbahaya?
Cirit-birit yang teruk mengakibatkan dehidrasi (kekeringan akibat kehilangan air) dan sekiranya mengandungi darah ia dikenali sebagai disenteri. Jika tidak di rawat, ia boleh menyebabkan kematian.
Rawatan
Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya mengalami cirit­-birit?
Kebanyakan kes ciritbirit akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Untuk mencegah dehidrasi dan mengurangkan tanda-tanda cirit­-birit, lakukan seperti berikut :
  • Minum banyak air.
  • Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransur­ansur
  • Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang mempunyai bahan pengawet yang tinggi.
  • Elakkan kafein dan alkohol.
Jika cirit-birit berterusan sekurang-kurangnya seminggu atau jika anda mengalami dehidrasi atau najis yang mengandungi darah, sila berjumpa doktor.
Tanda-tanda dehidrasi adalah :

  • Haus yang berlebihan
  • Mulut dan kulit kering
  • Kurang atau tiada air kencing
  • Keletihan yang teruk
  • Pitam
  • Kulit menjadi gelap
Cirit-birit dikalangan kanak-kanak lebih mudah mengalami dehidrasi. Sila berjumpa doktor jika cirit-birit berterusan lebih dari 12 hingga 24 jam atau bayi anda mengalami :
  • Lampin kering dalam masa 3 jam atau lebih
  • Demam panas
  • Najis mengandungi darah atau berwarna hitam
  • Mulut kering atau menangis tanpa air mata
  • Kerap tidur, tidak aktif, mudah meradang
  • Perut, mata atau pipi yang cengkung
  • Kulit yang tidak tegang / kembali ke asal sekiranya di cubit.
Jika doktor mengesahkan cirit-birit disebabkan ubatan / pemakanan, anda perlu hentikannya.
Doktor akan memberikan antibiotik jika cirit-birit disebabkan parasit atau bakteria. Tetapi ia tidak berkesan dalam jangkitan virus .

Pencegahan

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mencegah cirit-birit?


Berikut adalah cara-cara mencegah jangkitan cirit-birit:
  • Cuci tangan sebelum makan
  • Makan makanan semasa masih panas, yang disediakan dan dimasak dengan betul.
  • Elakkan daripada makan buah-buahan, sayur-sayuran yang belum dibasuh dan elakkan dari makan makanan tenusu atau daging mentah. Basuh sayuran dengan bersih atau makan buah-buahan yang telah di kupas .
  • Elakkan makan makanan yang anda alah dan ubatan yang menyebabkan cirit­birit.
  • Minum air dari bekalan air bersih, di botolkan atau air yang telah dimasak. Elakkan minum minuman keras dan berkafein kerana ciritbirit boleh bertambah teruk.
  • Pastikan anak anda berada dirumah semasa mengalami jangkitan cirit­-birit

Khamis, 28 April 2011

BRONCHIOLE ASTHMA (PENYAKIT LELAH)

PENGENALAN
  • Bronchiole asthma adalah sejenis penyakit lelah yang berpunca dari alergi atau serangan microorganisma (kuman).
  • Bronchiole astma adalah sejenis penyakit Akut iaitu serangan lelah secara tiba-tiba..
KEJADIAN
  • Apabila microorganisma masuk kedalam badan, badan akan mengeluarkan bahan kimia untuk menyerang kembali microorganisma yang telah masuk ke dalam badan.
  • Hasil daripada serangan itu, enzim yang menyerang microorganisma tadi telah menyebabkan edema (bengkak) pada lapisan mukosa (kulit halus) salur pernafasan (trachea).
  • Edema yang terjadi pada lapisan mukosa salur pernafasan itu telah menyebabkan kesempitan pada salur pernafasan.
  • Hasil penyempitan yang di sebabkan oleh edema tersebut, ia telah menyebabkan terjadinya mukus (kahak) yang likat (pekat).
  • Smooth Muscle (otot-otot licin) telah menjadi constriction (mengecut) dan menyebabkan salur pernafasan tadi telah menjadi semakin sempit.
  • Ini menyebabkan pesakit susah untuk bernafas dan juga kedengaran Wheezing (seperti berdengkur). Maka terjadilah ia Bronchiole Asthma (penyakit lelah)..
TANDA DAN SIMPTOM
  • Dyspnea (sukar untuk bernafas)
  • Batuk
  • Berkahak
  • Shortness Of Breath (pernafasan pendek)
  • Wheezing
ETIOLOGY (PENYEBAB)
  • Merokok
  • Alergi pada habuk dan bulu binatang
  • Serangan dari microorganisma
  • Perubahan cuaca (iklim sejuk)
  • Terhidu bahan kimia
RAWATAN
  • Anti Inflammatory = untuk melawan inflamasi (jangkitan)
  • Bronchodilator = untuk mengendurkan smooth muscle yang telah mengacut.
  • Prednisolone = untuk meneutralkan serangan asma.
  • Mucinex Oral = untuk memecahkan kahak
Sekian penyampaian dari saya mengenai Bronchial Asthma. Jika terdapat kesalahan pada fakta saya, sila lah komen. Harap maklum, sekian dari saya Assalamualaikum w.b.t..

Isnin, 25 April 2011

BLOOD(DARAH)

  • Darah adalah di maksudkan elemen-elemen yang penting dalam tubuh badan kita.
  • Darah merupakan sebesar 7 micron yang berbentuk dwi-cengkung.
  • Darah berwarna merah tua/merah jernih.
  • Nama saintifik bagi darah adalah erritrosyte(sel darah merah) dan juga leukosyte(sel darah putih).
  • Darah terhasil di sum-sum tulang merah(red bone marrow).
  • Darah dapat hidup selam 120 hari di dalam sistem tubuh manusia dan akan di musnahkan di hepar(hati) setelah matang(120 hari).
FUNGSI DARAH
  • Darah berfungsi untuk mengangkut oksigen(O2) dari paru-paru ke seluruh badan.
  • Darah juga berfungsi untuk mengangkut karbon dioksida(CO2) dari tisu-tisu badan ke paru-paru.
  • Selain itu darah berfungsi mengangkut hormon-hormon dari alimentary gland ke sesetengah tisu.
  • Darah juga dikategorikan sebagai pertahanan badan kerana dalam darah terdapat sel darah putih(Leucosyte).
  • Fungsi sel darah putih adalah mula bertindak apabila terdapat serangan mikroorgganisma iaitu dengan memakan mikroorganima tersebut dengan cara pagositosis.
JENIS DARAH
  1. A) darah jenis A boleh didermakan pada darah jenis A dan AB sahaja. Ia hanya boleh menerima darah                                        dari jenis A dan O sahaja.
  2. B) darah jenis B hanya boleh didermakan kepada darah jenis B dan AB sahaja. Ia hanya boleh menerima darah dari jenis B dan O sahaja.
  3. AB) darah jenis AB tidak boleh didermakan kepada mana-mana kumpulan darah, tetapi ia boleh menerima darah dari jenis A,B,AB,dan O. Ia merupakan penerima universal.
  4. O) darah jenis O tidak boleh menerima dari mana-mana kumpulan darah,tetapi ia boleh didermakan kepada darah jenis A,B,AB, dan O. Ia merupakan penderma universal.
Saya akan menerangkan lagi berkaitan dengan darah kepada anda di waktu dan masa lain ketika. Jika anda rasa dokumen mengenai darah yang saya tujukan pada anda terdapat kesilapan,saya harap anda juga boleh berkongsi dengan kami semua dengan mengEmailkan data anda di kelantan.fm_deejay@yahoo.com. Sekian dari saya assalamualaikum w.b.t..

Ahad, 24 April 2011

medical

HAI SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA..
di sini saya ingin memberikan anda sedikit maklumat berkaitan dengan MEDICAL.

DEMAN DENGGI

  • Asal usul deman denggi adalah daripada gigitan nyamuk AEDES betina yang dipanggil AEGYPTHI.
  • Nyamuk ini biasanya aktif pada waktu senja dan subuh sahaja.
  • Nyamuk aedes sangat mudah dikenali kerana terdapat jalur hitam dan putih pada badannya.
TANDA-TANDA DAN SIMPTOM
  • Deman yang tinggi iaitu >40'c
  • Dehidrasi(kekurangan cecair dalam badan)
  • Bradycardia(tekanan nadi yang lemah)
  • Petechiae(pendarahan pada bawah permukaan kulit)
  • Sakit pada sendi dan otot
RAWATAN
  • Beri suntikan intravena dan masukan Normal Saline 0.9%
  • Berikan Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs(NSAIDs)
  • Berikan ubatan analgesik(paracetamol)
  • Kerap kali minum air(2-3L/day)
KESIMPULAN
Sebaik-baiknya adalah seelok-elok kita mencegah daripada merawat,kerana setakat ini belum ada satu pun ubatan yang spesifik untuk rawatan deman denggi. Sekian dari saya wassalamualaikum w.b.t..