Khamis, 28 April 2011

BRONCHIOLE ASTHMA (PENYAKIT LELAH)

PENGENALAN
  • Bronchiole asthma adalah sejenis penyakit lelah yang berpunca dari alergi atau serangan microorganisma (kuman).
  • Bronchiole astma adalah sejenis penyakit Akut iaitu serangan lelah secara tiba-tiba..
KEJADIAN
  • Apabila microorganisma masuk kedalam badan, badan akan mengeluarkan bahan kimia untuk menyerang kembali microorganisma yang telah masuk ke dalam badan.
  • Hasil daripada serangan itu, enzim yang menyerang microorganisma tadi telah menyebabkan edema (bengkak) pada lapisan mukosa (kulit halus) salur pernafasan (trachea).
  • Edema yang terjadi pada lapisan mukosa salur pernafasan itu telah menyebabkan kesempitan pada salur pernafasan.
  • Hasil penyempitan yang di sebabkan oleh edema tersebut, ia telah menyebabkan terjadinya mukus (kahak) yang likat (pekat).
  • Smooth Muscle (otot-otot licin) telah menjadi constriction (mengecut) dan menyebabkan salur pernafasan tadi telah menjadi semakin sempit.
  • Ini menyebabkan pesakit susah untuk bernafas dan juga kedengaran Wheezing (seperti berdengkur). Maka terjadilah ia Bronchiole Asthma (penyakit lelah)..
TANDA DAN SIMPTOM
  • Dyspnea (sukar untuk bernafas)
  • Batuk
  • Berkahak
  • Shortness Of Breath (pernafasan pendek)
  • Wheezing
ETIOLOGY (PENYEBAB)
  • Merokok
  • Alergi pada habuk dan bulu binatang
  • Serangan dari microorganisma
  • Perubahan cuaca (iklim sejuk)
  • Terhidu bahan kimia
RAWATAN
  • Anti Inflammatory = untuk melawan inflamasi (jangkitan)
  • Bronchodilator = untuk mengendurkan smooth muscle yang telah mengacut.
  • Prednisolone = untuk meneutralkan serangan asma.
  • Mucinex Oral = untuk memecahkan kahak
Sekian penyampaian dari saya mengenai Bronchial Asthma. Jika terdapat kesalahan pada fakta saya, sila lah komen. Harap maklum, sekian dari saya Assalamualaikum w.b.t..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan